Monday, November 9, 2009

~hOBi BAru PaPA.~

Salam..

Nitro Car.. Hobi baru suami aku ni.. so siapa yang berminat blh try...

Satu perkara yang perlu ingatkan disini…. Permainan model model kawalan jauh ini bukanlah dikategorikan sebagai alat permainan(Toys) yang boleh kita berikan kepada bdk-bdk kecik kerana ianya dikategorikan sebagai Adults Toys ( Jangan salah faham ok?) / permainan untuk orang dewasa.

Para peminat Hobi ini akan belajar segala macam teknik seperti membuka dan memasang bahagian bahagian ( Parts) atau pun memperbaiki dan menjaga Injin sama seperti kita menjaga kenderaan sebenar. ni macam aper yang laki aku cakap ler..

Sekiranya bercadang untuk membeli pakej peralatan kawalan jauh ini, ada dua kaedah yang boleh dilakukan iaitu membeli dalam pakej Body Kit( Unassembled) atau pun pakej RTR( Ready to Run). Seperti Model kereta Nitro ianya dijalankan dengan mengunakan injin miniature jenis “Two Stroke Engine” yang dilengkapi dengan alat Curburetor yang perlu diFine Tuning untuk mendapatkan kuasa optima. Begitu juga dengan Model kapal terbang…. Jenis yang dijalankan dengan injin Nitro seakan sama dengan injin kereta, tapi sekiranya kita mampu membeli jenis yang mengunakan kuasa Jet Turbine Engine….tak tahulah mungkin kita terpaksa mengikuti beberapa kursus daripada Jurutera Aeronotikal untuk mempelajari cara cara memasang dan memperbaiki injin Jet Turbine….disamping belajar cara cara menerbangkan Jet Pejuang daripada Juru Terbang yang bertauliah..

Ini mungkin memakan perbelanjan yang tinggi….. Tapi sekiranya minat itu ada, kos mungkin akan merupakan perkara kedua bukan…? Correct me if I’am wrong. Aku pernah terbaca sebuah artikel dimana seorang kaki pancing sanggup membeli peralatan memancing yang berharga ribuan ringgit semata mata kerana minat yang kuat atas Hobi memancing. So mungkin tak salah papa nak mulakan hobi ni.. memang minat papa lebih kepada kereta, motor dan injin.. so.. aku let him do...



time mula-mula papa beli kete nitro ni.. bengang jugak.. ye lah kalo beli pun harga dah nak dekat RM 2xxx.. bini mane x marah kan...tp papa pandai pujuk.. terus bagi gift.. emmm nanti aku update gift aper aku dapat.. heheheh..;)..tq papa

No comments:

Post a Comment