Wednesday, November 25, 2009

~Cuti AidilAdha~


today 26.11.09 (Thursday)

Hari last bekerja sebelum cuti raya haji.. dah lame sangat rasenya x update blog.. still online but sibuk membaca blog kawan2 lain dengan bermacam-macam kisah kehidupan. x salah kan rasenya menceduk pengalaman kawan-kawan sebagai contoh untuk meneruskan hidup diri sendiri..
Sunyi rase kat pejabat ni.. sebab ramai yang dah bercuti.. terutama kawan-kawan pejabat yang kampung nyer kat Pantai Timor..Yang aku ni.. ROMBAU YOOO.. x jauh pun.. tp OMAK DEN dah banyak kali call suruh balik.. poning palo...

yang Mr Papa pun asyik mendesak suruh half day hari ni.. Cume satu jawapan aku dari dulu.. Keje banyak..dan bos x cuti mcm mane Puan PA ni nak cuti..

Cuti Raya Korban ni giliran beraya di rumah mak aku di Lubuk China.. Soo hati happy sangat walapun aku tiap-tiap minggu berulang alik dari Lubuk China - Putrajaya.. best tau balik kampung... and cuti ni jadual aku dah padat.. Sepupu aku kawin daaa... dan aku keluarga yang masih kuat mengamalkan Adat Pepatih.. Bagi aku, time2 org kawin ni lah dpt belajar ape pantang larang dan adat..dan paling best kalo dah berkumpul ramai-ramai, MENGUEK lah.. uhh tak tahan nak dengar org nogori ni bercakap tau.. mau gelah sampai pecah perut.. ni yang buat tak sabar ni... mcm aku pulak nak kawin.. nanti aku update gambar2 sekitar majlis..

Kali ni nak letak gambar time Hari Raya Puasa ari tu.. enjoy ya...

papa tgh drive

Ayah, Mak dan Abg Bujang ku...




i & u

Monday, November 9, 2009

~hOnEY u LiKe A mOon~~


On 31st Oktober lalu, aku dan papa g bercuti di Cameron Highland.. Saje jalan-jalan.. hilangkan stress.. hilangkan kesibukan kota and mengeratkan ksih sayang, :)..serba ckit kisah perjalanan kami..

6.00 pg: pagi-pagi lagi dah bangun, solat subuh..so, perjalanan check list sebelum kuar rumah..semalam papa dah tolong basuh baju..; elektrik sumer dah tutup; dapur dah clear; dapur msak pun dah sure ditinggalkan tanpa kesan minyak.. hehehh.. (kadang kale rase strait pulak aku ni.. yelah anak komando katekan..)

tapi yang tak sedapnyer, hujan turun lebat sgt.. so aku dari putrajaya lagi dah pakai sweater..sejuk., hati mula gelisah.. takut pulak nak pergi.. takut2 jd perkara yang tak diingini.. tp bila dipikirkan papa dah beria-ia ajak, aku g jugak

9.00 pg : dah sampai kat perhentian tol tapah..breakfast kejap then terus naik .. ikut Kuala Wok.. then jumpa lah Lata Iskandar.. Cantik gile lah air terjun tu.. rase aku nak duduk jer kat ctu xnak g maner2..

11.00 pg: lebih kurang time mcm ni lah aku ngan papa sampai kat cameron highland.. kami decide nak menginap di satu hotel baru.. Hotel De La Fern..rate Rm3++. ok, cantik dan kemas..tepi jalan jer kat Tanah Rata.. Check in dan terus berehat..

1.00 tgh: perut dah rase lapo.. makan kat satu gerai kat Tanah Rata, then terus membeli belah.. bunge lah, strawberry lah.. jagung mains la.. mcm2.. kiteorang berjalan sampai malam.. lenguh kaki ni.. nasib baik sejuk.. kalo panas mcm kat kl, rela la aku balik kg terus.. xmau jalan-jalan..



muka suci jer pagi2..tanpa makeup tau..

shot dlm kereta jer ni.. nyaman jer..time ni baru keluar tol tapah..


air terjun di Lata Iskandar

i & u


ladang teh


keadaan dalm bonet kete sebelum balik.. uhh penuh..sit belakang pun penuh... ni rase nak beli MPV ni..

~hOBi BAru PaPA.~

Salam..

Nitro Car.. Hobi baru suami aku ni.. so siapa yang berminat blh try...

Satu perkara yang perlu ingatkan disini…. Permainan model model kawalan jauh ini bukanlah dikategorikan sebagai alat permainan(Toys) yang boleh kita berikan kepada bdk-bdk kecik kerana ianya dikategorikan sebagai Adults Toys ( Jangan salah faham ok?) / permainan untuk orang dewasa.

Para peminat Hobi ini akan belajar segala macam teknik seperti membuka dan memasang bahagian bahagian ( Parts) atau pun memperbaiki dan menjaga Injin sama seperti kita menjaga kenderaan sebenar. ni macam aper yang laki aku cakap ler..

Sekiranya bercadang untuk membeli pakej peralatan kawalan jauh ini, ada dua kaedah yang boleh dilakukan iaitu membeli dalam pakej Body Kit( Unassembled) atau pun pakej RTR( Ready to Run). Seperti Model kereta Nitro ianya dijalankan dengan mengunakan injin miniature jenis “Two Stroke Engine” yang dilengkapi dengan alat Curburetor yang perlu diFine Tuning untuk mendapatkan kuasa optima. Begitu juga dengan Model kapal terbang…. Jenis yang dijalankan dengan injin Nitro seakan sama dengan injin kereta, tapi sekiranya kita mampu membeli jenis yang mengunakan kuasa Jet Turbine Engine….tak tahulah mungkin kita terpaksa mengikuti beberapa kursus daripada Jurutera Aeronotikal untuk mempelajari cara cara memasang dan memperbaiki injin Jet Turbine….disamping belajar cara cara menerbangkan Jet Pejuang daripada Juru Terbang yang bertauliah..

Ini mungkin memakan perbelanjan yang tinggi….. Tapi sekiranya minat itu ada, kos mungkin akan merupakan perkara kedua bukan…? Correct me if I’am wrong. Aku pernah terbaca sebuah artikel dimana seorang kaki pancing sanggup membeli peralatan memancing yang berharga ribuan ringgit semata mata kerana minat yang kuat atas Hobi memancing. So mungkin tak salah papa nak mulakan hobi ni.. memang minat papa lebih kepada kereta, motor dan injin.. so.. aku let him do...



time mula-mula papa beli kete nitro ni.. bengang jugak.. ye lah kalo beli pun harga dah nak dekat RM 2xxx.. bini mane x marah kan...tp papa pandai pujuk.. terus bagi gift.. emmm nanti aku update gift aper aku dapat.. heheheh..;)..tq papa

Wednesday, November 4, 2009

~WeLcoMe NoVemBer~


Salam..
Selamat datang bulan November yang datang :). anywhere banyak aktiviti yang berlaku pada bulan lepas xdpt nak upload.. tp insyaallah akan diusahakan.
Uhh penatnyer badan ni.. (mengeluh lagi)..kadang2 rase mcm xder mase yang sempat untuk menguruskan keluarga dan diri sendiri.. nak tulis blog pun curik2 mase ni..(sory ye papa kalo kadang2 rumah kite sepah ckit.. x sempat lah nak kemas..hehe.. luv u syg..)
Uhh sebelum terlupa.. ni nak bg tengok gambo baby buddy time kat polipd dulu..Hezrina, Aida and Yana.. Siape lg be coming ni.. tahniah coz korang punye keluarga dah lengkap dah sekarang.. doakan aku pulak k..



ni baby hezrina ngan suaminyer.. Fea Qaseh Raihanna.. best nyer name...teringat pulak aku pasal Hez ni.. dulu ddk menyewa sebelah rmh kat PD.. hehe mcm2 la.

ni baby Aida & Najmuddin.. Adib Naufal.. cute kan..


ni pulak baby Yana Mosti..


Hati aku ni tetibe sayu pulak tgk baby-baby baru lahir ni.. Besar sungguh kuasa Allah.. Semoga aku dan papa cepat2 dikurniakan anak..

Ya Allah..perkenankan lah doaku..